Osman Talib

Tan Sri Dato Kurnia Jasa Osman Bin Talib (lahir di Gopeng , Perak) dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Mei 1959 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman.[1] Gabenor Melaka ketika itu ialah Tun Leong Yew Koh . Selepas itu , Tun Abdul Ghafar bin Baba menjadi Ketua Menteri Melaka. Ketika itu , pilihan raya negeri Melaka belum diadakan . Oleh itu selepas merdeka, pegawai kanan kerajaan / Malayan Civil Service (kini digelar PTD, telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka. Osman Talib pernah menjadi Pengerusi Lembaga Letrik Negara atau sekarang dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akhir hayatnya menetap di Bukit Tunku/ Kenny Hill dan meninggal dunia di sana. [2][3] Jenazah beliau dibawa ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Makam Al-Ghufran sebelah Masjid Ubudiah. [4]Osman Talib pernah menyandang jawatan Orang Kaya Bendahara Perak selepas Datok Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman / CM Yusof. CM Yusof pernah adalah Speaker Parlimen Malaysia / Dewan Rakyat dan berasal dari Tanjung Tualang. [5][6]